Aktiviti 3: Kajian Analisa Keperluan

  1. Kenalpasti masalah kajian
  2. Kenalpasti ciri dan kehendak pengguna (gaya pembelajaran dan latar belakang)
  3. Kenalpasti persekitaran/tempat
  4. Kenalpasti kekuatan dan kelemahan

Tugasan 2: Ulasan Buku



Tajuk: PENGATURCARAAN WEB HYPERTEXT PREPROCESSOR (PHP)
Penulis: Mohd Shahizan Othman, Lizawati Mi Yusuf, Suraya Miskon, Syed Norris Hikmi Syed Abdullah
Penerbit: Universiti Teknologi Malaysia, Skudai
Tahun: 2006
Halaman: 354 halaman


Pendahuluan


Buku ini memperkenalkan kepada pembaca tentang asas pengaturcaraan web dalam Hypertext Preprocessor (PHP). Perbincangan awal dimula dengan memperkenalkan teknologi web dan perisian sumber terbuka. Kemudiannya, diikuti pengenalan kepada PHP yang merangkumi konsep, sejarah dan keperluan asas sebelum menulis atur cara PHP. Selain itu, terdapat beberapa bab yang menghuraikan pelbagai elemen bahasa pengaturcaraan. Antaranya struktur kawalan, fungsi, rentetan, tatasusunan dan pemprosesan fail. Setiap bab akan diterangkan terlebih dahulu dengan konsep, kemudian diikuti oleh contoh atau latihan yang berkaitan untuk memantapkan lagi pemahaman pembaca terhadap bab yang diikutinya. Bab terakhir buku ini pula menerangkan tentang cara membangunkan aplikasi web menggunakan PHP yang merangkumi semua elemen bahasa pengaturcaraan yang telah diterangkan dalam bab-bab sebelumnya, iaitu sistem penjanaan nombor dan variasi rawak. Dengan itu, pembaca dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dan seterusnya dapat memantapkan lagi kemahiran asas yang diperoleh. Buku ini juga turut menyediakan contoh atur cara dan latihan pengaturcaraan bagi memahir dan mengukuhkan lagi penguasaan pembaca dalam pengaturcaraan web.

Bab 1:  Teknologi Web dan Perisian Sumber Terbuka

Dalam bab ini, penulis telah memperkenalkan konsep asas internet dan web seperti konsep internet dan extranet, e-dagang dan e-perniagaan, teknologi web, Hyper Text Transfer Protocol (HTTP), Hyper Text Markup Language (HTML), Uniform Resource Locator (URL), serta perbezaan antara web statik dan web dinamik. Penulis juga membincangkan pendekatan semasa dalam mengintegrasikan pangkalan data dengan aplikasi web. Penulis juga ada membincangkan konsep perisian sumber terbuka serta kelebihan-kelebihan menggunakannya berdasarkan pandangan Winslow (2004), MIMOS (2004),  dan Pusat Sumber Terbuka Asia, AsiaOSC (2004) yang merupakan peneraju dalam bidang sumber terbuka di Malaysia dan Asia..

Bab 2:  Pengenalan Kepada Hypertext Preprocessor

Menurut penulis, PHP merupakan salah satu bahasa penulisan skrip sebelah pelayan yang mudah dipelajari dan boleh digunakan di pelbagai platform. Dengan adanya pelbagai PHP pelbagai versi, ini menunjukkan bahawa PHP sentiasa berkembang selaras dengan perkembangan bahasa pengaturcaraan yang menuju ke arah pengaturcaraan berorientasikan objek. PHP mempunyai ciri-ciri yang unik antaranya ialah versi, HTML, laman web interaktif dll.. Justeru, menurut penulis sebelum menulis atur cara PHP, beberapa perkara asas perlu diketahui untuk memudahkan seseorang menguasai bahasa pengaturcaraan PHP dengan baik. Antara perkara asas yang perlu diketahui ialah bagaimana membuat pemasangan perisian PHP, perisian pengedit teks, tag-tag HTML, dan pelayar web. Antara langkah pemasangan yang diterangkan dalam bab ini ialah pemasangan MySQL, pelayan web Apache, PHP, phpMyAdmin, PHPTriad, dan EasyPHP.

Bagi kajian tindakan Kursus P&P Moodle dalam Talian di BTPN WP Kuala Lumpur, kami telah memasukkan slot & modul bagi sesi pengenalan kepada asas HTML sebelum masuk kepada bahasa pengaturcaraan PHP, ini bagi membiasakan peserta kursus dengan asas pengaturcaraan web terlebih dahulu sebelum masuk kepada bahasa pengaturcaraan yang lebih sukar.

Bab 3: Atur cara Asas Hypertext Preprocessor

Dalam bab ini, penulis menyatakan bahawa laman web yang interkatif dan dinamik boleh dibina dengan cara memasukkan atur cara PHP ke dalam dokumen HTML. Justeru, di awal bab ini penulis ada menunjukkan beberapa langkah untuk memulakan atur cara PHP pertama. Selain itu, penulis ada penulis menggalakkan pembaca menggunakan komen dalam menulis kod atur cara kerana ia merupakan salah satu amalan pengaturcaraan yang baik dan boleh menghuraikan kod pengaturcaraan yang penting dan rumit. PHP juga turut menyokong penggunaan pelbagai jenis data untuk memudahkan pengguna menghasilkan atur cara. Walau bagaimanapun, dalam bab ini penulis hanya membincangkan penggunaan jenis data skalar sahaja. Penulis juga menyatakan bahawa, antara amalan lain yang baik dalam pengaturcaraan ialah membuat pengisytiharan semua pemalar pada permulaan skrip. Dalam bab ini juga diterangkan perbezaan antara pemalar dan pembolehubah. Pembolehubah digunakan untuk menyimpan nilai yang akan berubah, manakal pemalar bertujuan mewakili suatu nilai yang tidak boleh diubah sepanjang pelaksanaan skrip PHP. Selain pemalar dan pembolehubah, operator turut dijelaskan kegunaannya, iaitu mengumpukkan nilai kepada pembolehubah, melakukan pengiraan, membuat perbandingan dll. 


Bab 4: Struktur Kawalan


Struktur kawalan digunakan oleh pengatur cara untuk menentukan aliran operasi yang akan dilakukan dalam atur cara. Tiga jenis struktur kawalan yang telah diterangkan dalam bab ini mempunyai fungsi yang berbeza antara satu sama lain. Struktur jujukan digunakan untuk menyelesaikan masalah yang mudah dan tidak berulang. Manakala struktur pilihan pula membenarkan satu atau lebih arahan yang disediakan tetapi hanya satu yang akan dipilih untuk dilaksanakan. Struktur gelung pula membolehkan satu blok pernyataan dikodkan sekali sahaja dalam atur cara tetapi pelaksanaannya boleh diulang beberapa kali. Walau bagaimanapu, struktur jujukan tidak dijelaskan dengan terperinci kerana penggunaannya adalah untuk kes yang mudah dan senang untuk dilaksanakan. Setiap struktur kawalan yang diberikan mempunyai contoh pernyataannya yang tersendiri. Pernyataan if, else, elseif, dan switch ialah contoh pernyataan struktur pilihan. Struktur gelung pula terdiri daripada pernyataan for, foreach, while dan do..while.

Bab 5: Rentetan

Dalam bab ini penulis menerangkan bahawa PHP telah menyediakan pelbagai fungsi yang membolehkan pengguna untuk memanipulasi aksara dalam rentetan yang terdapat dalam sesebuah aplikasi. Antara fungsi yang boleh dilaksanakan menggunakan PHP ialah menukar aksara, manipulasi format rentetan, menentukan panjang rentetan, membahagikan rentetan dll. Menurut penulis, kebiasaannya, laman web yang sedia ada banyak menggunakan fungsi yang melibatkan manipulasi tarikh dan masa. Laman web yang berupaya untuk memaparkan tarikh dan masa semasa dapat memberikan kelebihan kepada pengatur cara dan pengguna dalam melaksanakan operasi tertentu. Selain itu, penggunaan rentetan dalam pengaturcaraan akan memudahkan pengaturcara untuk menyelesaikan masalah dengan memanipulasi data yang terdapat dalam sesebuah aplikasi. Secara kasarnya, bab ini telah menyentuh pelbagai kegunaan fungsi rentetan dalam pengaturcaraan PHP sebagai panduan kepada pembaca dalam memilih fungsi yang bersesuaian untuk diaplikasikan.

Bab 6: Tatasusunan

Dalam bab ini, penulis menunjukkan contoh penggunaan tatasusunan dalam pengaturcaraan PHP yang boleh dilaksanakan sama ada dalam bentuk tatasusunan satu dimensi atau tatasusunan multidimensi. Menurut penulis lagi, terdapat banyak fungsi yang boleh digunakan bersama dengan tatasusunan. Antaranya ialah menggerakkan elemen tatasusunan, mengisih tatasusunan, mengira nilai tatasusunan dll. Tatasusunan merupakan struktur data berjenis struktur storan. Struktur ialah gabungan data yang disusun berasakan sesuatu struktur yang akan membentuk susunan data. Justeru, pelbagai fungsi yang boleh digunakan bersama tatasusunan telah diterangkan dalam bab ini, dan ia dapat membantu pengaturcara untuk menyelesaikan masalah yang melibatkan data yang akan diproses oleh komputer. Pemilihan fungsi yang bersesuaian dengan tatasusunan boleh membantu manjadikan aplikasi yang dibangunkan berfungsi dengan lebih cekap.

Bab 7: Fungsi

Fungsi boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah yang besar dan kompleks. Fungsi menggunakan pendekatan atas-bawah dan penyelesaian masalah akan dibahagikan kepada beberapa subbahagian. Setiap bahagian dikenali sebagai subatur cara atau submodul. Penggunaan fungsi boleh memudahkan penggunaan semula atur cara fungsi secara berulang kali. PHP telah menyediakan perpustakaan piawaian fungsi. Fungsi ini boleh dipanggil dengan cara menaipkan nama fungsi tersebut. Selain itu, pengatur cara boleh membina fungsi baru (iaitu fungsi yang ditakrifkan oleh pengguna sendiri) berdasarkan kepada keperluan aplikasi yang akan dibangunkan. Fungsi boleh dibina dengan menggunakan nama fungsi dan diikuti dengan (). Penghantaran nilai kepada fungsi akan membolehkan pengaturcara memilih sama ada untuk menghantar argumen kepada fungsi menggunakan nilai atau menghantar argumen kepada fungsi menggunakan alamat. Tujuannya adalah untuk mendapatkan nilai yang dikehendaki berdasarkan kepada keperluan aplikasi yang dibangunkan. Manakala pemulangan nilai dari fungsi adalah penting untuk membolehkan hasil pelaksanaan fungsi digunakan untuk proses selanjutnya pada atur cara.

Bab 8: Pemprosesan Fail

Pengaturcaraan PHP menyediakan kemudahan untuk membolehkan pengguna menggunakan fail untuk menyimpan data. Fail merupakan koleksi data yang disimpan secara kekal di dalam peranti storan. Fail ini disimpan pada storan sekunder sama ada pada cakera keras atau cakera liut. Data yang disimpan di dalam fail boleh dicapai, diguna, dimanipulasi, dan dicetak. Dalam pemprosesn fail, membuka fail baru atau sedia ada adalah langkah permulaan untuk melaksanakan pemprosesan fail. Selain itu, pemprosesan fail membolehkan kita mencipta, menghapus, mengubah, mengawal capaian terhadap fail, dan meguruskan sumber yang digunakan oleh fail tersebut. PHP menyediakan kemudahan kepada pengaturcara untuk menyelenggara fail yang telah dicipta atau yang sedia ada supaya data yang telah disimpan dapat dimanipulasi dengan efektif. Setiap fail yang dimanipulasikan pula akan dipaparkan status, ini dapat membantu pengguna mengetahui status terkini bagi setiap fail yang dicapai. Secara tidak langsung, dapat membantu pengguna menyelenggara fail yang telah disimpan ke dalam lokasi atau direktori tertentu dengan mudah dan berkesan.

Bab 9: Pembangunan Aplikasi Web Menggunakan PHP

Dalam bab terakhir ini, penulis telah memberikan contoh sebuah aplikasi berasaskan web iaitu Sistem Penjanaan Nombor Rawak dan Variasi Rawak. Ia menggabungkan pengetahuan pembaca dalam bab sintaks asas PHP, operator, tatasusunan, pemprosesan fail, dan struktur kawalan. Dalam contoh aplikasi yang telah diberi, turut dimuatkan dengan kaedah untuk memuat naik fail serta serta menghapuskan fail dan bagaimana untuk menggunakan fail teks untuk menyimpan dan mencapai data buku pelawat. Berdasarkan contoh aplikasi yang telah diberikan, pengguna akan dapat menggarap pengetahuan mereka dalam asas pengaturcaraan PHP yang telah dipelajari untuk digunakan dalam menyelesaikan masalah semasa yang dihadapi dalam senario yang berbeza.


Penutup

Buku ini dapat memberi panduan kepada saya untuk mempelajari bahasa penulisan skrip PHP dengan lebih mendalam dan mempelajari asas pengaturcaraan web dengan mudah dan berkesan. Dalam Kursus P&P Moodle dalam talian, kami memasukkan modul pembelajaran PHP selepas slot pengenalan asas kepada HTML, iaitu pengaturcaraan web yang asas agar peserta mendapat gambaran atau bimbingan asas pengaturcaraan terlebih dahulu dengan menggunakan HTML sebelum masuk kepada pengaturcaraan PHP.

Aktiviti 2: Isu, masalah, penyelesaian & cabaran


Isu
Masalah
Penyelesaian
Cabaran
Minat
Kaedah pengajaran yang menyebabkan pelajar tidak memahami subjek yang dipelajari dan seterusnya hilang minat terhadap subjek tersebut

Menggunakan kaedah pengajaran yang dapat menarik minat para pelajar seperti simulasi, modul kendiri & bahan yang interaktif

Mengajar menggunakan kaedah simulasi, modul kendiri & bahan yang interaktif
Sikap
Pelajar tidak memberi tumpuan semasa di dalam kelas
Menggunakan kaedah pengajaran yang lebih efektif
Memberi tugasan / latihan kepada pelajar untuk dilakukan secara ‘hands on’

Pencapaian rendah
Pembahagian penilaian tidak seimbang
Penilaian yang lebih sesuai / seimbang
Melaksanakan kaedah penilaian yang seimbang

Aktiviti 1: Kaji Latar belakang tokoh - Al-Khawarizmi (Pengasas Ilmu Algebra)





Tokoh Muhammad Ibn Musa Al-Khawarizmi juga dikenali sebagai Al-Khawarizmi (780 - 850) dan dikenali sebagai bapa algebra. Beliau dilahirkan pada tahun 780 Masihi di Khawarizm atau Khuway yang terletak di selatan Tasik Aral di Turkistan. Beliau kemudiannya berpindah ke Baghdad, semasa pemerintahan Al Makmun dan meninggal dunia pada tahun 846 Masihi. 



Al-Khawarizmi pakar dalam bidang matematik dan astronomi. Beliau juga merupakan pengasas Algoritma iaitu tatacara langkah demi langkah dalam penyelesaian masalah dalam masa yang terhingga. Oleh itu algoritma di sesetengah negara dikenali sebagai Alkhawarizmi.


Semasa hidupnya, Al Khawarizmi merupakan seorang pakar matematik dan falak. Al Khawarizmi merupakan pengasas kepada ilmu algebra sebagai satu cabang ilmu yang terpisah daripada matematik dan geometri. Kepakaran dan kepintaran dalam matematik diperakui oleh masyarakat barat dan timur. Bukunya yang berjudul “Hisab al Jabr Wal Muqabalah” telah diterjermahkan di barat dengan judul “Mathematics of Integration and Equation”. Melalui buku inilah lahirnya istilah algebra yang digunakan sehingga ke hari ini. Dalam bahasa Arab algebra disebut “al-jabr” yang bermaksud angka bulat. Buku ini mengandungi tidak kurang daripada 800 masalah matematik dan telah digunakan sebagai buku teks di institusi pengajian tinggi Eropah sehingga kurun ke 16 Masihi. Al Khawarizmi telah memasukkan angka-angka Arab ke dalam bukunya ini yang kemudiannya dikenali sebagai Algorism.


Buku “Hisan al Jabr Wal Muqabalah” sebenarnya merupakan ringkasan kepada sebuah bukunya yang lebih tebal. Dengan meringkaskannya, Al Khawarizmi berharap akan memudahkan orang ramai membaca, memahami, dan menggunakannya terutama di dalam urusan perdagangan serta perniagaan. Beliau mendapat sokongan Khalifah Al Makmun untuk menulis buku ini bagi membantu orang ramai menjalankan urusan sehariannya. Kesungguhan Al Khawarizmi terhadap ilmu telah mendorong Khalifah Al Makmun melantiknya mengetuai para sarjana ilmu falak di Baitul Hikmah atau Dewan Pengetahuan. Kesempatan ini telah digunakan untuk menterjemahkan buku “Sidanta” yang memuatkan jadual falak India. Melalui ilmu pengetahuan falak India dan Yunani yang dipelajarinya, Al Khawarizmi telah membuat pelbagai penemuan yang penting. Dengan bantuan ahli falak yang lain, Al Khawarizmi telah berjaya menyiapkan sebuah peta yang diberikan nama sempena Al Makmun. Peta ini bukan sahaja mengandungi benua dan lautan tetapi juga kota-kota, padang pasir, bintang-bintang dan angkasa raya siap dengan warnanya yang berlainan.


Lebih menakjubkan lagi apabila Al Khawarizmi bersama ahli falak Islam yang lain berjaya mengukur lilitan bumi. Mereka mendapati bahawa bumi ini bulat, tidak sebagaimana kepercayaan di Eropah yang mengatakan bumi ini rata. Buku Al Khawarizmi mengenai astronomi telah diterjemahkan oleh Adelard of Bath, guru kepada Raja England, Henry II. Banyak lagi buku tulisan Al Khawarizmi telah diterjemahkan di Eropah seperti “Hitungan Al Jabr” yang telah disalin oleh seorang Itali yang bernama Gerald of Cremona yang hidup antara 1114 Masihi hingga 1187 Masihi. Risalah itu disalin semula oleh Prince Boncompagni dan diterbitkan di Rom pada 1857 Masihi dengan judul “Trattati de Aritmetica”.


Di samping itu, Al Khawarizmi juga telah menulis dua buah buku yang terkenal iaitu “al-Zig”, “al-Rakhamah”, dan “ al Tarikh”. Beliau juga merupakan orang yang mula-mula sekali mencipta dan memperkenalkan istilah sinus. Sinus digunakan untuk menggantikan istilah busur dalam ilmu ukur yang dicipta oleh seorang sarjana Yunani Ptolemy. Walaupun Ptolemy mempunyai pengaruh yang kuat di dalam ilmu falak tetapi kebanyakan pandangannya telah ditolak oleh Al Khawarizmi. Ptolemy menyatakan bumi berada dalam keadaan yang tetap manakala matahari bergerak mengelilingi bumi. Pendapat Ptolemy telah dipegang dan dipertahankan oleh pihak gereja di Eropah selama beberapa ratus tahun lamanya.


Al Khawarizmi telah mengemukakan pelbagai formula matematik yang masih lagi digunakan sehingga hari ini. Formula matematik dan tulisan mengenai astronomi jelas mendahului zamannya. Sumbangannya kepada perkembangan kedua ilmu tersebut terlalu besar sehingga untuk mengenangkan jasa-jasanya para sarjana barat telah mencipta satu istilah matematik iaitu logaritma bersempena dengan namanya. Penciptaan istilah ini dan pemakaian istilah algebra dalam matematik membuktikan betapa para sarjana Islam telah mengorak langkah jauh ke hadapan jika dibandingkan dengan barat.