Kajian Kes Pengaturcaraan Komputer


PENILAIAN KAEDAH PEMBELAJARAN PENGATURCARAAN KOMPUTER: SATU TINJAUAN


oleh
Rosyiatimah binti Ismail
Program Pendidikan Komputer
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia



Abstrak


Kajian ini dijalankan bagi mengkaji cara dan kaedah pembelajaran pengaturcaraan komputer oleh responden yang merupakan seorang pengaturcara komputer. Kaedah kajian yang telah digunakan dalam kajian kes ini ialah melalui temu bual berstruktur. Penyelidikan dijalankan ke atas seorang pengaturcara komputer dari salah sebuah syarikat pembangun perisian pengurusan pelajar di Skudai, Johor Bahru. Dalam temubual ini, penyelidik cuba melihat bagaimana kaedah pengaturcara tersebut berfikir dan personalitinya. Selain itu, penyelidik turut mendapatkan beberapa contoh produk yang telah dihasilkan oleh pengaturcara sepanjang beliau terlibat dalam bidang pengaturcaraan dan bagaimana persekitaran kerjanya.

0 comments:

Post a Comment