Kajian Kes Pengaturcaraan Komputer


PENILAIAN KAEDAH PEMBELAJARAN PENGATURCARAAN KOMPUTER: SATU TINJAUAN


oleh
Rosyiatimah binti Ismail
Program Pendidikan Komputer
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia



Abstrak


Kajian ini dijalankan bagi mengkaji cara dan kaedah pembelajaran pengaturcaraan komputer oleh responden yang merupakan seorang pengaturcara komputer. Kaedah kajian yang telah digunakan dalam kajian kes ini ialah melalui temu bual berstruktur. Penyelidikan dijalankan ke atas seorang pengaturcara komputer dari salah sebuah syarikat pembangun perisian pengurusan pelajar di Skudai, Johor Bahru. Dalam temubual ini, penyelidik cuba melihat bagaimana kaedah pengaturcara tersebut berfikir dan personalitinya. Selain itu, penyelidik turut mendapatkan beberapa contoh produk yang telah dihasilkan oleh pengaturcara sepanjang beliau terlibat dalam bidang pengaturcaraan dan bagaimana persekitaran kerjanya.

Aktiviti 3: E-Learning vs Hybrid Learning vs Blended Learning


KATEGORI
E-LEARNING
HYBRID LEARNING
BLENDED LEARNING

1.      What?



2.      When?


3.      Where?

4.      Who?

5.      Why?



6.      How?




1.      E-Learning adalah kaedah pengajaran secara atas talian.



2.      Kaedah ini lebih berkesan berbanding kaedah konvensional.

3.      Di mana-mana tempat yang mempunyai capaian internet.

4.      Guru / Instruktor & pelajar

5.      Digunakan untuk memudahkan proses P&P.

6.      Pembelajaran dijalankan di atas talian melalui capaian internet.

1.      Hybrid Learning adalah gabungan antara kaedah pengajaran secara konvensional & atas talian.

2.      Kaedah ini lebih berkesan berbanding kaedah konvensional.


3.      Di mana-mana tempat yang mempunyai capaian internet.

4.      Guru / Instruktor & pelajar

5.      Mempunyai kelebihan berbanding pembelajaran secara konvensional.

6.      Dijalankan secara bersemuka dan atas talian melalui capaian internet.



1.      Blended Learning adalah gabungan antara kaedah pengajaran secara konvensional dan online

2.      Kaedah ini lebih berkesan berbanding kaedah konvensional.


3.      Di mana-mana tempat yang mempunyai capaian internet.

4.      Guru / Instruktor & pelajar

5.      Mempunyai kelebihan berbanding pembelajaran secara konvensional.


6.      Dijalankan secara bersemuka dan atas talian melalui capaian internet.




PERSAMAAN



1.      Boleh diaplikasikan pada bila-bila masa dan di mana jua.
2.      Mempunyai jadual yang fleksibel.
3.      Menjimatkan masa dalam perhubungan.
4.      Membenarkan pelajar berhubung lebih kerap dengan instruktor dan rakan-rakan sekelas.
5.      Menjimatkan kos.
6.      Pelajar dapat mengaplikasikan teknologi.
7.      Pembelajaran dapat disampaikan dengan lebih jelas melalui P&P dalam talian.
8.      Perbincangan & pertukaran pendapat dapat dijalankan dengan lebih berkesan.

PERBEZAAN

1.      Pembelajaran bersemuka

2.      Kaedah P&P




1.      Tiada pembelajaran secara bersemuka.

2.      Pembelajaran atas talian.



1.      Mempunyai pembelajaran bersemuka.

2.      Gabungan pembelajaran bersemuka & pembelajaran atas talian


1.      Mempunyai pembelajaran bersemuka

2.      Gabungan pembelajaran bersemuka dan pembelajaran atas talian.

Tugasan 1: Ulasan Jurnal 1

Tajuk Artikel:

ISSUES & DIFFICULTIES IN TEACHING NOVICE COMPUTER PROGRAMMING

Penyelidik:

I.T. Chan Mow
National University of Samoa
PO Box 1622
ApiaSamoa

Sumber:

M. Iskander (ed.), Innovative Techniques in Instruction Technology, E-learning,
E-assessment,  
and Education, 199–204.
Springer Science+Business Media B.V. 2008

Ulasan:

Dalam artikel ini, penyelidik membincangkan isu-isu dan kesukaran dalam 
pengajaran pengaturcaraan komputer kepada mereka yang masih baru dalam 
bidang pengaturcaraan berdasarkan kerangka de Boulay's (1989). Bagi setiap 
kesukaran yang dibincangkan, langkah penyelesaiannya turut dicadangkan. 
Penyelesaian ini termasuklah aspek pedagogi, teknikal dan kandungan kursus. 

Lima isu utama dalam P&P pengaturcaraan komputer ialah:

1) Keperluan kognitif pengaturcaraan
a) Pengaturcaraan memerlukan seseorang pengaturcara banyak berfikir 
    & menyimpan banyak maklumat dalam ingatan kerjanya. Maklumat 
    tersebut termasuklah 
i. Sintaks & sematik yang spesifik berdasarkan bahasa pengaturcaraan 
   yang digunakan.
ii. Sedikit model pemikiran tentang bagaimana untuk menyelesaikan 
   sesuatu masalah.
iii. Kebolehan untuk membezakan antara menyelesaikan masalah & 
    mengenalpasti 
    penyelesaian.

2) Sintaksis & semantik
a) Selain keperluan untuk berfikir, penyelidik menyatakan bahawa kesukaran 
    kedua dalam P&P pengaturcaraan ialah notasi bagi mewakilkan sesebuah 
    program.
b) Notasi merujuk kepada simbol-simbol bahasa pengaturcaraan & 
    peraturan sintaksis @ syntactic rules bagi menghasilkan sesebuah program.
c) Beberapa aspek notasi yang memberi kesan terhadap kebolehan 
    pengaturcaraan adalah:

i. Kedekatan pemetaan (closeness of mapping
1. Pendekatan yang diperlukan bagi menyediakan pelajar dengan 
    pengetahuan berkaitan konsep pengaturcaraan & masalah 
    yang ingin diselesaikan serta diselarikan dengan pengetahuan 
    sedia ada pelajar berkaitan pengaturcaraan. 
2. Dalam konsep kejurulatihan komputer, seseorang guru perlu 
    mengajar pelajar berdasarkan model instruksi yang bagus bagi
    memastikan maklumat/pengetahuan sedia ada pelajar dapat diselarikan 
    dengan pengetahuan berkaitan pengaturcaraan yang bakal disampaikan. 
    Guru-guru juga bukan sekadar mengajar perkara berkaitan konsep, 
    sintaks & peraturan dalam sesebuah bahasa pengaturcaraan sahaja, 
    tetapi guru-guru juga perlu menerangkan apa aplikasi pengaturcaraan 
    tersebut dalam kehidupan sebenar. Dengan itu, para pelajar akan
    lebih memahami & dapat mengaplikasikn apa yang dipelajari 
    dalam kehidupan harian mereka.

ii. Kekonsistenan
1. Dalam artikel ini, penyelidik menyatakan kekonsistenan terdapat 
    dalam pelbagai bentuk, & bahasa pengaturcaraan perlu 
    konsistenan dengan bentuk-bentuk ini bagi memastikan ia digunakan 
    dengan semaksimanya.
2. Sesebuah bahasa pengaturcaraan perlu konsisten dengan:
a) Maklumat sedia ada yang diketahui oleh pengaturcara
b) Dengan konstruk bahasa pengaturcaraan itu sendiri
c) Pengetahuan berkaitan domain & istilah-istilah yang 
    digunakan

iii. Kecenderungan ralat (error proneness)
1. Kelemahan biasa yang dialami oleh kebanyakan bahasa 
    pengaturcaraan adalah kecenderungannya untuk menghasilkan 
    ralat.
2. Cth: dalam Java, tanda '=' digunakan bagi menguji kesamaan 
    rujukan, berbeza dengan pengaturcaraan C cthnya, tanda '=' 
    digunakan untuk merujuk kepada kesamaan nilai.

iv. Mempamerkan tugas (role expressiveness)
1. Darjah di mana maklumat tentang sesuatu fungsi sesuatu konstruk
    boleh ditentukan berdasarkan struktur @ bentuknya.

v. Notasi kedua
1. Notasi kedua bukanlah struktur sintaksis program tetapi sangat 
    berguna dalam membantu kita memahami sesuatu program.
2. Cth: komen, space, kod yang di'indent', highlight kata kunci.

vi. Operasi mental yang sukar
1. Pengaturcaraan adalah sesuatu yang agak kompleks & 
    sukar serta sangat mencabar.
2. Cth operasi mental yang sukar bagi yang baru berjinak-jinak 
    dalam pengaturcaraan ialah:
a) Pengulangan (iterations)
b) Pengulangan semula (recursion)
c) Masalah pengoptimuman
3. Berdasarkan apa yang dipelajari dalam kejurulatihan komputer, 
    guru-guru perlu menggunakan pendekatan seperti scaffolding
    melatih (coaching) & pemodelan (modelling) bagi membantu 
    pelajar pandai dalam operasi yang mencabar ini.
3) Orientasi
a) Menurut penyelidik, orientasi adalah berkaitan dengan kesukaran 
    pelajar dalam mengenali & mengenalpasti maksud 
    sebenar perkataan 'pengaturcaraan' serta proses-proses 
    yang terlibat.
b) Dalam P&P pengaturcaraan, guru-guru bukan setakat 
    menekankan konsep, & penggunaan sintaks semata-mata, 
    tetapi mereka juga perlu menerangkan kepada pelajar mengapa 
    kita perlu belajar pengaturcaraan & bagaimana pengaturcaraan dapat 
    diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka. 

4) Kemahiran tambahan
a) Isu yang keempat dibincangkan oleh penyelidik ialah berkaitan dengan 
    kemahiran tambahan diperlukan dalam pengaturcaraan komputer. 
    Selain mahir dengan sintaks-sintaks bahasa pengaturcaraan, 
    seseorang pengaturcara juga perlu mahir dalam kemahiran 
    lain cthnya; mahir dalam menggunakan sistem operasi dengan antara 
    muka yang berbeza, & juga kemahiran teknikal yang lain seperti 
    menyunting, menyusun (compiling) & membetulkan ralat (debugging
    pada program.
b) Justeru, dalam P&P pengaturcaraan, guru-guru seharusnya 
    menerapkan latihan @ berkaitan kemahiran yang diperlukan tersebut seperti 
    pengurusan fail, menyunting, menyusun, & membetulkan ralat pada program.

5) Kekangan sumber
a) Isu terakhir yang dibincangkan adalah berkaitan kekurangan sumber 
    instruksi yang berkualiti, & kekurangan guru-guru yang 
    mempunyai latar belakang dalam P&P pengaturcaraan berasaskan objek 
    (Object-oriented programming (OOP)).

Berdasarkan isu-isu & penyelesaian yang dicadangkan oleh penyelidik, 
saya berpendapat bahawa, dalam menyelesaikan masalah tentang kesukaran 
untuk mempelajari pengaturcaraan komputer adalah pendekatan yang digunakan 
untuk mengajar subjek pengaturcaraan itu sendiri. Guru-guru perlu menggunakan 
pendekatan yang baik seperti mengaplikasikan model-model instruksi yang 
telah dikaji keberkesanannya sebelum ini dalam P&P pengaturcaraan. 
Selain menekankan konsep & peraturan dalam penulisan sintaks sesuatu 
bahasa pengaturcaraan, guru-guru juga perlu menerangkan bagaimana 
pengaturcaraan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian pelajar itu sendiri,
secara tidak langsung, ini akan dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari 
pengaturcaraan kerana mereka jelas & faham kenapa mereka perlu 
belajar pengaturcaraan komputer. 

Tugasan 1: Ulasan Jurnal 4


TUGASAN 1: ULASAN JURNAL 4

Tajuk Artikel:

ONLINE TEACHING AND LEARNING IN TRANSITION: FACULTY PERSPECTIVES ON MOVING FROM BALCKBOARD TO THE MOODLE LEARNING MANAGEMENT SYSTEM

Penyelidik:

Brian Beatty and Connie Ulasewicz


Sumber:

TechTrends, Volume 50 Number 4


Ulasan:

Artikel ini menerangkan pengalaman dua orang penyelidik, Brian dan Connie dalam penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dengan menggunakan Moodle buat pertama kali di San Francisco State University (SFSU). Bagi Connie, ini adalah kali pertama beliau menggunakan sebarang sistem pengurusan pembelajaran secara atas talian bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi Brian pula, ini adalah pengalaman beliau berubah kepada kaedah baru berbanding menggunakan LMS yang komersial iaitu Blackboard. Artikel ini ditulis bagi menggalakkan lebih banyak universiti mempertimbangkan untuk berubah daripada penggunaan LMS yang komersial kepada perisian sumber terbuka seperti Moodle. Artikel ini membandingkan antara penggunaan Moodle dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran berbanding kaedah tradisonal iaitu menggunakan kaedah papan hitam.

Menurut penyelidik Moodle adalah sebuah sistem pengurusan kandungan yang percuma dan ia direka bentuk dengan mengaplikasikan prisip-prinsip pedagogi untuk membantu para pendidik membina komuniti pembelajaran secara atas talian yang efektif. Moodle boleh dimuat turun dan digunakan pada mana-mana komputer dan ia boleh menyokong sehingga 40000 orang pelajar pada satu-satu masa manakala Blackboard adalah LMS komersial yang banyak digunakan di kebanyakan universiti-universiti seluruh Amerika Utara dan Eropah. Blackboard sangat bagus untuk tujuan interaksi, komunikasi dan penilaian.

Penggunaan Moodle dapat menggalakkan persekitaran pembelajaran yang terbuka dan penglibatan aktif pelajar dalam perbincangan. Peesekitaran Moodle juga dapat menggalakkan penerokaan dan pembelajaran kendiri pelajar. Sebagaimana pengalaman penulis sendiri mengendalikan kursus komputer Moodle sebelum ini, penulis mendapati peserta kursus dapat menghasilkan laman pembelajaran sekolah masing-masing dengan interaktif walaupun kami hanya menunjukkan kemhiran-kemahiran asas berkaitan Moodle. Ini menunjukkan bahawa penggunaan Moodle adalah sangat mudah dan tidak memerlukan kemahiran yang sukar untuk digunakan. Penggunaan Moodle sebagai platform pengajaran dan pembelajaran sangat memudahkan guru-guru dan pelajar. Guru-guru juga boleh mengawasi pencapaian pelajar secara atas talian di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa perlu bersemuka dengan pelajar.