TUGASAN 1: ULASAN JURNAL 4
Tajuk Artikel:
ONLINE TEACHING AND LEARNING IN TRANSITION: FACULTY PERSPECTIVES ON MOVING FROM BALCKBOARD TO THE MOODLE LEARNING MANAGEMENT SYSTEM
Penyelidik:
Brian Beatty and Connie Ulasewicz
Sumber:
TechTrends, Volume 50 Number 4
Ulasan:
Artikel ini menerangkan pengalaman dua orang penyelidik, Brian dan Connie dalam penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) dengan menggunakan Moodle buat pertama kali di San Francisco State University (SFSU). Bagi Connie, ini adalah kali pertama beliau menggunakan sebarang sistem pengurusan pembelajaran secara atas talian bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Bagi Brian pula, ini adalah pengalaman beliau berubah kepada kaedah baru berbanding menggunakan LMS yang komersial iaitu Blackboard. Artikel ini ditulis bagi menggalakkan lebih banyak universiti mempertimbangkan untuk berubah daripada penggunaan LMS yang komersial kepada perisian sumber terbuka seperti Moodle. Artikel ini membandingkan antara penggunaan Moodle dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran berbanding kaedah tradisonal iaitu menggunakan kaedah papan hitam.
Menurut penyelidik Moodle adalah sebuah sistem pengurusan kandungan yang percuma dan ia direka bentuk dengan mengaplikasikan prisip-prinsip pedagogi untuk membantu para pendidik membina komuniti pembelajaran secara atas talian yang efektif. Moodle boleh dimuat turun dan digunakan pada mana-mana komputer dan ia boleh menyokong sehingga 40000 orang pelajar pada satu-satu masa manakala Blackboard adalah LMS komersial yang banyak digunakan di kebanyakan universiti-universiti seluruh Amerika Utara dan Eropah. Blackboard sangat bagus untuk tujuan interaksi, komunikasi dan penilaian.
Penggunaan Moodle dapat menggalakkan persekitaran pembelajaran yang terbuka dan penglibatan aktif pelajar dalam perbincangan. Peesekitaran Moodle juga dapat menggalakkan penerokaan dan pembelajaran kendiri pelajar. Sebagaimana pengalaman penulis sendiri mengendalikan kursus komputer Moodle sebelum ini, penulis mendapati peserta kursus dapat menghasilkan laman pembelajaran sekolah masing-masing dengan interaktif walaupun kami hanya menunjukkan kemhiran-kemahiran asas berkaitan Moodle. Ini menunjukkan bahawa penggunaan Moodle adalah sangat mudah dan tidak memerlukan kemahiran yang sukar untuk digunakan. Penggunaan Moodle sebagai platform pengajaran dan pembelajaran sangat memudahkan guru-guru dan pelajar. Guru-guru juga boleh mengawasi pencapaian pelajar secara atas talian di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa tanpa perlu bersemuka dengan pelajar.
0 comments:
Post a Comment