Tajuk Artikel:
ASSESSING THE LEARNERS' MOTIVATION IN THE E-LEARNING
ENVIRONMENTS FOR PROGRAMMING EDUCATION
Penyelidik:
Yasuhiro Takemura
Department of Character Creative Arts, Osaka University of Arts, Osaka, Japan
yasuhi-t@osaka-geidai.ac.jp
Hideo Nagumo
Department of Social Welfare and Psychology, Niigata Seiryo University,
Niigata, Japan
nagumo@n-seiryo.ac.jp
Kuo-Li Huang
Department of Visual Communication Design, Southern Taiwan University of
Technology, Tainan, Taiwan
z3z@mail.stut.edu.tw
Hidekuni Tsukamoto
Department of General Education, Osaka University of Arts, Osaka, Japan
hide1123@osaka-geidai.ac.jp
Sumber:
H. Leung et al. (Eds.): ICWL 2007, LNCS 4823, pp. 355–366, 2008.
Springer-Verlag Berlin Heidelberg 2008
Ulasan:
Dalam artikel ini, para penyelidik telah mencadangkan satu sistem pedagogi
yang dapat menggambarkan keadaan semasa motivasi pelajar. Sistem yang
dicadangkan oleh penyelidik adalah berasaskan kepada piawaian penilaian
Kaedah Pendidikan Maklumat Bersistem @ Systematical Information
Education Method (SIEM) yang dianjurkan oleh Dohi (2005) yang digunakan
untuk menilai tahap motivasi pelajar untuk belajar pengaturcaraan. Sebagai
kajian awal, kursus pengenalan pengaturcaraan telah ditawarkan kepada
pelajar program seni reka & seni digital di 2 buah universiti. Terdapat 19 item
yang digunakan untuk menilai & ia dibahagikan kepada 4 kumpulan faktor.
Daripada faktor yang dikaji, penyelidik akan mengkaji hubungan / korelasi
antara faktor dengan tahap motivasi pelajar. Justeru, daripada hasil yang
diperoleh, graf struktur korelasi akan diplotkan. Berdasarkan graf ini, para
pengajar dapat mengetahui faktor manakah yang paling mempengaruhi tahap
motivasi pelajar. Justeru, mereka dapat menggunakan maklumat ini bagi
memperbaiki kaedah & strategi penyampaian dalam P&P pengaturcaraan.
Para pelajar seni reka & seni digital diajar pengaturcaraan kerana sesetengah
kerja seni dihasilkan secara langsung melalui pengaturcaraan. Selain itu,
mereka juga dapat meningkatkan persekitaran dalam menghasilkan kerja
seni mereka jika mereka benar-benar memahami mekanisme aplikasi
komputer yang mereka gunakan bagi menyiapkan kerja-kerja mereka
dengan memepelajari pengaturcaraan komputer.
Empat faktor yang digunakan untuk menilai tahap motivasi pelajar ialah:
1) Faktor 1: Faktor pembinaan kelas (Class construction factor)
a) Peluang berjaya (Success opportunity)
b) Keakraban (Familiarity)
c) Suka (Pleasure)
d) Pemahaman (Comprehension)
e) Membangkitkan rasa ingin melihat (Perceptual arousal)
f) Kepentingan (Significance)
g) Membangkitkan rasa ingin tahu (Curiosity arousal)
2) Faktor 2: Faktor kespontanan (Spontaneity factor)
a) Berguna di masa hadapan (Usefulness future)
b) Usaha untuk mempertingkatkan kemahiran (Improvement effort)
c) Kawalan diri (Self control)
d) Matlamat diri (Self goal)
3) Faktor 3: Faktor interaksi (Interaction factor)
a) Komunikasi (Communication)
b) Kesan positif (Positive consequence)
c) Kesamarataan (Equity) - tugasan yang diberi selaras dengan kandungan kursus
4) Faktor 4: Faktor kedatangan (Attendance factor)
a) Semangat untuk datang kelas (Attendance enthusiasm)
b) Skala pengaktifan (Activation scale)
Hasil kajian mendapati pelajar di universiti B dapat mengekalkan hubungan
antara penghargaan terhadap kehalusan seni & kespontanan berbanding
pelajar di universiti A. Justeru, penyelidik mengandaikan kebanyakan pelajar
di universiti A letih membuat pengaturcaraan kerana tempoh masa yang lama
& mereka perlu berhadapan dengan kod-kod hanya kerana mahu menyiapkan
tugasan yang diberi, bukan kerana mereka mahu menghasilkan hasil seni yang
lebih cantik. Sementara pelajar di universiti B dapat mengekalkan hubungan
di antara penghargaan terhadap kecantikan & kespontanan kerana mereka
hanya perlu menghadapi pengaturcaraan dalam masa 3 hari sahaja.
Berdasarkan hubungan antara faktor yang mempengaruhi tahap motivasi pelajar,
para penyelidik berpendapat bahawa adalah penting bagi pengajar untuk
membenarkan pelajar mempersembahkan hasil kerja mereka secara bebas
& tidak terlalu menekankan mereka untuk menghasilkan hasil seni yang terlalu cantik.
Dalam hal ini, saya sendiri berpendapat pelajar seharusnya diberi kebebasan
untuk mengekspresikan hasil seni mereka mengikut kekreativitian mereka sendiri.
Setiap orang mempunyai pendapat dan pengamatan yang subjektif terhadap
hasil yang dikatakan cantik & indah. Pengajar tidak seharusnya menyekat
kebebasan pelajar untuk berekspresi dengan hasil kerja mereka. Bagi saya,
aktiviti pembentukan karya merupakan salah satu cara dalam menerokai dan
memahami bentuk pengalaman melalui apa yang dihasilkan. Daripada pengalaman
yang dihasilkan itu, aktivitinya bukan sesuatu yang dibuat mengikut sesuka
hati atau disebut sebagai 'bebas berekspresi', tetapi mungkin boleh dipanggil
sebagai bentuk ekspresi diri (self expression) dalam mempertahankan idea,
contohnya seorang pelajar seni digital hanya melakar lakarannya sekadar
dengan satu bentuk garisan tetapi garisan yang digaris itu adalah merupakan
aktiviti yang dirancang dengan skema tertentu, yang datang daripada pengalaman.
Pengalaman yang dijelmakan dihasilkan daripada cara diri pelukis berekspresi
tentang bentuk garisan, bukan 'bebas berekspresi'. Justeru, selain menawarkan
kursus pengaturcaraan kepada pelajar-pelajar seni reka & seni digital,
guru-guru atau pengajar juga perlu memberi kebebasan kepada pelajar
untuk mempersembahkan hasil seni pengaturcaraan mereka dan bukannya
menekankan mereka untuk menghasilkan hasil seni yang lebih cantik sahaja.
0 comments:
Post a Comment