Tugasan 1: Ulasan Jurnal 2

Tajuk Artikel:

A PRACTICAL WAY TO TEACH WEB PROGRAMMING IN COMPUTER SCIENCE

Penyelidik:

Xusheng Wang
Department of Computer Science
The University of Texas Pan American


Sumber:


Journal of Computing Sciences in Colleges
Volume 22, Issue 1 (Oktober 2006)

Ulasan:


Artikel jurnal ini membincangkan perincian tentang reka bentuk 
dan pelaksanaan kursus pengaturcaraan web termasuk kandungan 
kursus, struktur, pelaksanaan, demonstrasi, tugasan-tugasan,
projek akhir, hasil akhir atau objektif kursus yang diharapkan
di akhir pengajaran serta maklum balas daripada pelajar yang 
mengikuti kursus tersebut.

Berdasarkan apa yang diterangkan oleh penyelidik dalam artikel 
ini, mempelajari teknik pengaturcaraan, kaedah dan kemahiran 
dalam persekitaran web amat perlu bagi pelajar-pelajar prasiswazah sains komputer. Ini kerana, teknik yang digunakan
untuk membangunkan aplikasi berasaskan web adalah berbeza 
berbanding aplikasi 'standalone'.

Dalam kursus ini penyelidik memfokuskan kepada pengajaran teknik
pengaturcaraan sebelah pelayan (server-side) dengan perisian 
sumber terbuka iaitu PHP dan MySQL. Penyelidik terlebih dahulu 
mengajar pelajarnya dengan teknik asas pembangunan sebelah pelayar
(client-side) dan alatan perisian. 


Dalam kursus ini juga 1/3 masa telah diperuntukkan untuk mengajar
XHTML (Extensible Hypertext Markup Language), CSS (Cascading 
Style Sheet), HTTP (Hypertext Transfer Protocol), JavaScript,  
dan Macromedia Dreamweaver serta Fireworks. Di sini kita boleh
lihat bagaimana penyelidik memberi atau mengajar para pelajarnya 
dengan asas pengaturcaraan web terlebih dahulu. Justeru, walaupun 
tanpa pengetahuan dan latar belakang dalam pengaturcaraan web, 
para pelajarnya masih boleh belajar teknik-teknik untuk 
membangunkan laman web yang interaktif. 


Dalam artikel ini kita akan melihat beberapa perkara yang perlu 
diberi perhatian semasa melaksanakan kursus pengaturcaraan web.


Kandungan Kursus

Menurut penyelidik, untuk membangunkan sebuah aplikasi yang 
berasakan web yang interaktif, seseorang pengaturcara perlu 
mahir XHTML, CSS, HTTP, bahasa skrip sebelah pelayar seperti 
JavaScript, VB Script dan sebagainya. 
Juga bahasa pengaturcaraan sebelah pelayan seperti PHP  (Hypertext Preprocessor), JSP (Java ServerPage), ASP (Active Server Page), pelayan pangkalan data yang berasakan 
SQL seperti MySQL, SQL Server, Oracle, dll serta SQL 
(Structured Query Language).  Untuk membangunkan sebuah aplikasi web yang mempunyai antara muka yang mesra pengguna 
dan baik persembahan visualnya, pengaturcara juga perlu mahir 
menggunakan perisian pembangunan web seperti Macromedia 
Dreamweaver, Microsoft FrontPage dan perisian untuk grafik 
seperti Macromedia Fireworks, Adobe Photoshop dan ImageReady.


Struktur Kursus

Selain kelas biasa dan kuliah, pelajar juga perlu menghadiri makmal komputer untuk mempelajari 
bagaimana menggunakan alatan bagi membangunkan web sama 
ada statik atau dinamik, dan bagaimana menyelenggara dan 
menggunakan pelayan pangkalan data. 
Penyelidik juga menggunakan slaid PowerPoint untuk memudahkan 
pemahaman pelajar terhadap teori dan kaedah, meringkaskan 
bahan-bahan rujukan, dan menyediakan contoh kod-kod untuk 
pelajar supaya lebih mudah untuk mereka memahami konsep dan 
kemahiran pengaturcaraan web. Penyelidik juga telah membangunkan satu contoh aplikasi web kedai buku secara online
bagi memudahkan pelajar-pelajar memahami / dan mendapat contoh 
yang praktikal.

Pelaksanaan Kursus 

Kursus ini dijalankan selama 15 minggu dengan 2 kelas seminggu. 
Terdapat 5 kelas makmal, 2 ujian dan 1 projek akhir. 
Para pelajarnya diminta untuk menyiapkan 8 tugasan dan 1 projek 
akhir.

Demonstrasi dan Projek Akhir 

Penyelidik telah membangunkan 1 contoh aplikasi web pembelian buku secara dalam talian.
Di akhir semester, pelajar diminta untuk mempersembahkan hasil akhir mereka kepada kelas. 
Melalui projek akhir ini, penyelidik dapat menilai kebolehan para pelajarnya dalam mengaplikasikan semua teknik, kaedah dan kemahiran yang dipelajari dalam penyelesaian masalah. 

Hasil Akhir dan Maklum Balas

Di akhir pengajaran , penyelidik berharap para pelajarnya dapat memahami konsep pengaturcaraan web, menggunakan pelbagai alatan perisian untuk membangunkan laman web yang interaktif dengan menggunakan XHTML, CSS, JavaScript, PHP dan MySQL.
Penyelidik menjalankan soal selidik penilaian kursus di kalangan pelajarnya dan rata-rata pelajarnya bersetuju bahawa kursus pengaturcaraan web memang patut dijalankan.  

Berdasarkan jurnal ini, dalam kajian tindakan Kursus P&P Moodle secara dalam talian di Bahagian Teknologi Pendidikan WP Kuala Lumpur, kami memperkenalkan & membiasakan peserta kursus dengan bahasa pengaturcaraan HTML terlebih dahulu sebelum masuk kepada bahasa pengaturcaraan PHP Hypertext Preprocessor (PHP). Ini bagi membiasakan peserta kursus dengan asas pengaturcaraan web terlebih dahulu.

0 comments:

Post a Comment